Nov 24, 2010

Tahnia Kepada Datuk Ir. Idris Haron

Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Ir. Idris Haron menang tanpa bertanding jawatan Presiden World Assembly of Youth (WAY) bagi penggal 2010 hingga 2014, setelah pencabarnya dari Indonesia dan Somalia menarik diri di saat akhir.

Idris, 44, dipilih menggantikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang melepaskan jawatan itu yang disandangnya selama 17 tahun lalu.

Keputusan menang tanpa bertanding oleh Idris itu diumumkan Mohd. Ali pada Perhimpunan Am WAY kali ke-15 di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Idris adalah presiden yang ke-12 pertubuhan keamanan bagi belia seluruh dunia itu dan pemimpin kedua yang dipilih dari Malaysia.

Tahniah buat seoranf lg rakyat Malaysia

Nov 23, 2010

Program latihan askar wataniah diperkenalkan pada kursus PTD

Program latihan Askar Wataniah akan diperkenalkan sebagai satu kurikulum kursus Diploma Pengurusan Awam, yang diikuti pegawai muda Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata selain modul latihannya sendiri, INTAN akan turut menerapkan modul kursus perkhidmatan berpakaian seragam lain seperti Bomba dan Penyelamat dan Polis Diraja Malaysia.

"Ia akan dilaksanakan pada pengambilan bulan ini," katanya pada majlis pelancaran pasukan sukarela Askar Wataniah di JPA di sini, hari ini.
Pada September lalu, Abu Bakar berkata, JPA sedang melakukan kajian untuk merombak modul kursus pegawai PTD bagi menambah baik program sedia ada.

Mengulas program Askar Wataniah JPA, Abu Bakar berkata, penekanan latihan yang berkaitan elemen patriotisme, ketahanan psikologi, keutuhan disiplin dan kecergasan jasmani mempunyai kekuatan dalam pembangunan dan pemantapan modal insan penjawat awam bagi membantu transformasi negara ke arah mencapai Wawasan 2020.

Beliau berkata, program latihan Askar Wataniah itu akan diperluaskan kepada kementerian lain secara berperingkat.

"Hasil kajian yang dilaksanakan oleh JPA menunjukkan kesediaan pegawai awam di JPA dan seluruh sektor awam berminat untuk menyertai pasukan berorientasikan sukarela,” katanya.
Abu Bakar berkata, JPA akan menubuhkan sebuah Unit Khas yang akan memfokuskan kepada pelaksanaan Askar Wataniah warga JPA.

"Difahamkan Rejimen 515, JPA akan memantau latihan Askar Wataniah bagi wargaJPA di Putrajaya, Cyberjaya, Bangunan Sapura@Mines dan Bukit Kiara," katanya.

Beliau berkata, latihan akan diadakan setiap minggu sehingga warga JPA layak ditauliahkan sebagai Askar Wataniah oleh Yang di-Pertuan Agong dan kemudiannya dapat menikmati pelbagai keistimewaan seperti peluang lawatan, tuntutan elaun, sagu hati tahunan dan pakaian seragam.

Nov 22, 2010

Ketika Allah berkata "TIDAK"

“Ya Allah jauhkanlah aku dari kesulitan!” Allah berkata, “Tidak. Kesulitan dan penderitaan telah menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu pada-Ku. Kesenangan telah melalaikanmu dari mengingatiKu. ”

“Ya Allah, berilah aku rezeki yang halal!” Tidak. Dalam kitab suciKu, telah kuberikan panduan mana rezeki yang halal, mana yang haram. Tinggal engkau melaksanakannya. ”

“Ya Allah, berilah aku kebahagiaan dalam hidupku.” Allah berkata, “Tidak! Telah Kuberi keberkatan, kebahagiaan bergantung kepadamu sendiri untuk menghargai keberkatan itu. ”

“Ya Allah berikanlah aku kenikmatan dalam hidup ini.” Allah berkata, “Tidak! Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmatinya. Kenikmatan datang dari syukur. Kerana kau tidak mensyukuri apa yang telah kuberikan kepadamu, kenikmatan tidak pernah datang kepadamu. ”

“Ya Allah, terimalah ibadah-ibadahku!” Allah berkata: “Tidak. Bukan Aku yang membuat ibadat Kuterima atau Kutolak tapi engkau sendiri. Maka, perbaikilah ibadah-ibadat. ”

“Ya Allah, jauhkanlah kesombongan dariku!” Allah berkata, “Tidak! Bukan Aku yang menjauhkannya, tapi kau yang harus menjauhinya dan serahkan kepada-Ku. ”

“Ya Allah, berilah aku kesabaran dalam hidup ini.” Allah berkata, “Tidak! Kesabaran didapat dari ketabahan dalam menghadapi cubaan; tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri. ”

“Ya Allah, jadikanlah anakku, anak-anak yang soleh!” Allah berkata: “Tidak. Kesolehan anak-anak bergantung cara engkau mendidiknya, bukan Aku yang menjadikannya. Apabila mereka membesar menjadi manusia yang tidak mengenal-Ku dan tidak taat kepada-Ku, orang tuanyalah yang akan Aku minta pertanggungjawakannya di mahkamah-Ku kelak. ”

“Ya Allah, aku sedih anakku cacat, sempurnakanlah anakku yang cacat.” Allah berkata, “Tidak! Jiwanya telah sempurna, tubuhnya hanyalah sementara. Aku memberimu anak dengan kesempurnaannya. Cacatnya diakibatkan oleh perbuatan-perbuatanmu yang tak kau sedari. ”

“Ya Allah, kabulkanlah semua doaku” Allah berkata: “Tidak. Banyak doa-doamu disebabkan oleh nafsumu yang bila kukabulkan itu akan mencelakakanmu sendiri. Engkau banyak meminta kepadaKu tetapi tidak tahu untuk mensyukurinya. Aku mengabulkan doa-doa yang ikhlas, tidak berlebihan dan sesuai dengan kadar yang kamu memilikinya. ”

Kadang kala kita berfikir bahawa Allah tidak adil, kita telah susah payah memanjatkan doa, meminta dan berusaha, pagi-petang-siang-malam, tapi tak ada hasil. Kita mengharapkan diberi pekerjaan, puluhan bahkan ratusan lamaran telah kita kirimkan tak ada jawaban sama sekali – orang lain dengan mudahnya mendapatkan pekerjaan. Kita sudah bekerja keras dalam pekerjaan mengharapkan naik pangkat, tapi tiba-tiba orang lain yang mendapatkannya tanpa susah payah.

Kita mengharapkan diberi pasangan hidup yang baik dan sesuai, berakhir dengan penolakan dan kegagalan, orang lain dengan mudah berganti pasangan. Kita menginginkan harta yang banyak, namun masih tidak cukup.

Cuba kita bayangkan diri kita seperti anak kecil yang sedang demam selsema, lalu kita melihat penjual aiskrim. Anak yang sedang panas badannya merasa haus dan menganggap dengan minum aiskrim dapat mengubati rasa demam (maklum anak kecil).

Lalu kita meminta pada orang tua kita (seperti kita berdoa memohon pada Allah) dan merengek agar dibelikan aiskrim itu. Ibu bapa kita tentu lebih tahu aiskrim boleh memburukkan lagi penyakit kita. Tentu dengan segala dalih kita tidak dibelikan. Ibu bapa kita tentu ingin kita sembuh dulu baru boleh minum aiskrim yang lazat itu.

Begitu pula dengan Allah, segala yang kita minta Allah tahu apa yang paling baik bagi kita. Mungkin tidak sekarang, atau tidak di dunia ini Allah mengabulkannya. Kerana Allah tahu yang terbaik yang kita tidak tahu. Maka, sembuhkan dulu “selsema” dan “demam” dalam diri kita itu dengan meningkatkan kesedaran diri.



Wallahualam.

Pengorbanan Seorang Wanita Bergelar Isteri (Part 2 )

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding…Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.
Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya, “Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.
Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan “kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton.
“Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti”desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa “Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker” marah Zakri.

“Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,Nisa cuma nak ingatkan Abang saja” Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian…terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya.”YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH” doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dindingdan menangis.

Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. ..”Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah” Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Sapa plak nie sebok je….”Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah kafe. “Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

“Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha”gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.
“Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia” cetus hati Azlan.

“Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau…mereka perlukan kita masa tu…nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit” Azlan mengingatkan Zakri.

“Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi” jawab Zakri selamba.

“Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti” kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Hello Zakri speaking” jawab Zakri.

“Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri…….. .”

panggilan kecemasan dari Doktor Johari “Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang”…tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.

“Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri …”ajak Zakri pada Lan. “Hah, tadi kau kata bini kau sihat”tanya Lan pada Zakri. “Alah jom ler cepat” desak Zakri.

“Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau…terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya… dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk …tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa….baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati…tetapi sebaliknya.. …Zakri hanya diam….”

YA ALLAH apa aku dah buat” rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil… “Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I’m
really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya” kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati
setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa…”YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini” terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri muka surat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering…membuat
Zakri tertarik untuk membacanya.. .

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang… “SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA” Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang…Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan … Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin…Abang panggil Nisa AYANG…terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu…
walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?

Abang…mukasurat nie khas untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang……. Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah
mereka…Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak
kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa…tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.

Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang…Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang…sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa…Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang.
Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari
Nur Nisa

Pengorbanan Seorang Wanita Bergelar Isteri (Part 1 )

Aduh…sakitnyer. ..isk…. . aduuh….Bang sakit nye tak tahan saya” keluh Nisa pada suaminya Zakri.

“Apelah awak nie….lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu” rungut Zakri pada Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran …”Come on Nisa u can do it…once more….” Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar…”Good mummy” kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. “Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia” kata Doktor Johari memuji Nisa. “Tahniah Zakri,it’s a twin” Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega… tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.

Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan…Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yang terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.

“Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?”soal Nisa pada Zakri .

“Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak” Zakri menempelak Nisa

“Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu” sergah Zakri lagi.

“Abang syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yang bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak bang”? terang Nisa pada Zakri.

“ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH” Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.

“Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun boleh jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu”marah Zakri.
“Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ….heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni”kutuk Zakri lagi pada Nisa.

“Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. “Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri” kata Nisa pada Zakri.

“Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,”ucap Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja.

Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam – 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.

Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput…macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula…bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh…Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa…dalam keadaan yang begitu Nisa
masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Nov 21, 2010

60 Tanda-Tanda Anda Bercinta

1. Kamu sentiasa tahu apa menu sarapan si dia setiap pagi.
2. Kamu tidak akan biar dia dalam kesunyian.
3. Setiap kali dia bersedih kamu seperti dapat merasakannya.
4. Risau apabila si dia berdiam atau merajuk.
5. Sentiasa cuba untuk buat si dia ketawa.
6. Menanggung kesusahan bersama-samanya.
7. Tahu setiap kesukaan si dia.
8. Apabila marah, mudah reda apabila bersama si dia.
9. Sentiasa menyimpul senyuman.
10. Mudah terasa atau sensitif walaupun dia hanya bergurau.
11. Sentiasa tidak sabar menanti hari esok untuk bertemu si dia.
12. Hati berdebar-debar apabila bertentang mata dengannya.
13. Tidak pernah berkira dengan si dia termasuklah soal wang.
14. Sentiase cuba untuk mendapat perhatian si dia.
15. Berbaik dengan teman-temannya.
16. Ambil hati keluarganya.
17. Menjaga perlakuan apabila berada di hadapan si dia.
18. Susah untuk kata 'tidak' pada si dia.
19. Menjaga hatinya sebaik mungkin.
20. Penat tidak pernah menjadi halangan untuk bertemu.
21. Berkongsi perasaan dengannya.
22. Sentiasa jadi penyelamat kepada si dia.
23. Suka lakukan kejutan untuk si dia.
24. Hadiah merupakan perkara WAJIB untuk hari-hari yang istimewa.
25. Kamu merupakan pendengar paling setia untuk si dia.
26. Tidak akan memalukan diri sendiri di hadapan si dia.
27. Berusaha tampil cantik dan segak di hadapan si dia.
28. Tidak tentu arah andai setengah jam si dia sepi tanpa sebarang sms.
29. Berkongsi minat yang sama dengannya.
30. Sanggup berubah sikap mengikut kemahuan si dia.
31. Tidak akan meninggalkn telefon walau sesaat.
32. Sentiasa cari peluang untuk bersama si dia.
33. Demi si dia sanggup lakukan sesuatu yang kamu tidak suka lakukan.
34. Hilang 'mood' apabila bertengkar dengan si dia.
35. Menjadi doktor peribadinya kerana begitu ambil berat tentang kesihatannya.
36. Bangga bercerita tentang si dia pada teman-teman.
37. Yang panas baran, boleh bertukar menjadi lembut hati.
38. Sentiasa rasa kenyang.
39. Tidak takut berhadapan apa jua rintangan untuk pastikan orang yang di sayangi tidak terlepas ke tangan orang lain.
40. Sanggup jadi penyiasat persendirian untuk mengenalinya dengan lebih dekat.
41. Tidak pernah malu untuk mngaku perasaan cinta kamu pada orang lain.
42. Apabila dia ketawa satu perasaan yang luar biasa akan kamu rasakan.
43. Tiada satu pun kelemahan si dia di mata kamu.
44. Mana-mana kamu pergi kamu mengharapkan si dia ada bersama.
45. Walaupun si dia hanya membuat lawak biasa tetapi kamu ketawa sampai pecah perut.
46. Orang bercinta selalunya HIPOKRIT kerana mahu nampak sentiasa sempurna.
47. Apa sahaja aktiviti bersama si dia pasti akan jadi menarik dan istimewa walaupun cuci kereta.
48. Andai ada yang cuba mengganggu hubungan kamu dan si dia tanpa sedar kamu bertukar jadi begitu agresif.
49. Ada kalanya kamu lebih utamakan si dia dari keluarga sendiri.
50. Andai di tanya tentang hubungan kamu dan dia, kamu sering memberi jawapan yang berubah-ubah kerana mahu orang lihat kamu sentiasa bahagia.
51. Tenaga orang bercinta akan bertambah dua kali ganda dari orang lain kerana itu mereka mampu berjalan dari malam sampai ke subuh tanpa ada rase mengantuk dan penat.
52. Ada kalanya kamu berubah sehingga teman baik sendiri tidak mengenali kamu.
53. Orang bercinta gemar berfantasi yang ada kalanya, di luar kemampuan sendiri.
54. Jadi buta sehingga apa pun yang buruk tetap nampak baik.
55. Gembira bukan kepalang apabila si dia memuji kamu.
56. Lebih bersemangat dalam membuat sebarang tugasan.
57. Menagis merupakan perkara yang tidak dapat di pisahkan dengan orang bercinta.
58. Bijak membaca fikiran si dia.
59. Terbit rasa CEMBURU apabila si dia memuji orang lain.
60. Saling memerlukan antara satu sama lain setiap masa.

CaRa ToPuP RM10 TaHan LeBiH LaMa

hmm..org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..

mgkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account,coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..

timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..

1) beli topup RM 10... gesek & ready.

2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901

3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.

4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 099025) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;<01234567891023> send to 099036) tak lama pastu diorg akn reply;

.

.

.

.

.

.

.

"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb..