Sep 3, 2011

Noramfaizul Pernah Terselamat Nahas Helikopter 13 tahun lalu





Jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, semalam, pernah terselamat dari nahas helikopter 13 tahun lalu apabila tempatnya digantikan dua jurukamera lain. 

Dalam kejadian pada 2 Mac 1997 itu dua jurukamera Filem Negara dan seorang juruterbang terbunuh apabila pesawat ringan Cessna 172 milik Mofaz Air yang ditugaskan membuat tinjauan udara untuk kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi 1997 terhempas di kawasan belukar berpaya di Kampung Bakau, Kelibang, Langkawi.

Rakan baik Allahyarham, Mazalan Rafji berkata peristiwa itu adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakannya bersama Allahyarham yang ketika itu sama-sama bertugas sebagai jurukamera Filem Negara.
Mengimbau kembali peristiwa itu, Mazalan berkata, mereka bernasib baik kerana pada mulanya ditugaskan membuat tinjauan udara untuk kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi 1997, namun pada saat akhir, dua jurukamera lain menawarkan diri menggantikannya secara sukarela. 

"Kami sama-sama bertugas luar dan ketika itu kami ditugaskan membuat liputan untuk Le Tour de Langkawi. Waktu itu saya ingat Allahyarham pun turut terbabit sama dan dijangka menaiki pesawat untuk buat 'aerial shot' dalam masa yang sama ada juga ada jurukamera lain yang sukarela untuk naik. Jadi, Allahyarham terlepas bersama saya," katanya kepada BERNAMA di sini hari ini. 

Pesawat itu disewa khas oleh Filem Negara untuk membawa kedua-dua jurukamera membuat rakaman perlumbaan basikal peringkat akhir Le Tour de Langkawi 1997. 

Mazalan yang kini bertugas sebagai jurukamera di RTM Ipoh berkata, beliau bersama-sama Allahyarham kemudiannya bertukar kerja ke syarikat produksi MetroVision. 
  "Tidak lama selepas syarikat itu ditutup, kami berdua menyertai BERNAMA TV dan saya kemudiannya bertukar ke RTM sejak 11 tahun lalu," katanya. 

Sepanjang perkenalan, Mazalan menyifatkan Allahyarham sebagai individu yang sangat menghormati senior dan komited terhadap kerjayanya


sumber : Berita Harian

Dec 2, 2010

Picture Proton Lekir. Nice one




Nice one la....

Hanya FTA dengan kepentingan nasional diterima

Malaysia hanya akan meneruskan perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang mempromosikan kepentingan nasional, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas gesaan Gabungan Rakyat Membantah FTA, supaya menghentikan rundingan FTA Malaysia-EU, dengan alasan FTA itu tidak mencermikan aspirasi Malaysia

"Saya dimaklumkan bahawa memorandum telah dikemukakan kepada MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), hari ini. Masyarakat bebas menyuarakan pandangan, kami menyambut baik pandangan dan menerimanya kerana MITI memang berunding dengan pelbagai pemegang kepentingan," katanya.
Mustapa berkata, MITI juga berunding dengan pihak yang mengemukakan memorandum itu bila tiba masanya.

"FTA Malaysia-EU masih panjang lagi. Oleh itu, saya memberi jaminan kepada rakyat bahawa pandangan mereka akan diambil kira," katanya.

Mustapa sebelum itu merasmikan Forum Perniagaan China Malaysia.

(cm ne nk beli kete murah cm ni)

Nov 28, 2010

Obama cedera disiku main bola keranjang



Rumah Putih melaporkan bahawa Presiden Barack Obama menerima 12 jahitan pada bibirnya selepas mengalami kecederaan ketika menyertai satu permainan bola keranjang.

Setiausaha akhbar Rumah Putih, Robert Gibbs, berkata Presiden Amerika Syarikat itu secara tidak sengaja kena siku seorang pemain dalam kejadian semalam.

Presiden Amerika itu menerima jahitan daripada doktor di tingkat bawah kediaman rasmi beliau.
Obama dilaporkan bersama sekumpulan ahli keluarga dan rakan ke Fort McNair awal pagi untuk menyertai perlawanan itu.

Obama adalah seorang peminat sukan terutama meminati pasukan dari tempat asalnya Chicago dan kadang kala turut bermain golf selain permainan bola keranjang.

Rumah Putih tidak mendedahkan siapa yang menyiku Obama. Tetapi, tidak lama selepas itu, pemain bertanggungjawab membuat kenyataan.

Dia ialah Rey Decerega, pengarah program bagi Institut Kongres Caucus Hispanik.
“Saya tahu pada hari ini (semalam) bahawa presiden adalah seorang pesaing yang bersemangat tinggi dan ada semangat kesukanan.

“Saya gembira dapat bermain dengannya. Saya yakin beliau akan cuba kembali semula tidak lama lagi,

Nov 27, 2010

Nenek Obama Doa Agar Obama peluk Islam


Nenek Barack Obama, dari Kenya yang menunaikan ibadat haji di Makkah memberitahu bahawa beliau mendoakan supaya Presiden Amerika Syarikat itu memeluk Islam, lapor akhbar di sini semalam.

“Saya doakan cucu saya Barack supaya memeluk Islam,” kata Sarah Omar, 88, dalam temu bual bersama akhbar harian Al-Watan di Jeddah selepas beliau menunaikan haji.

Akhbar itu melaporkan Sarah berada di Arab Saudi untuk mengerjakan haji bersama anak lelakinya yang juga bapa saudara Obama, Saeed Hussein Obama dan empat cucu perempuannya sebagai tetamu Raja Arab Saudi.
Sarah memberitahu akhbar itu beliau hanya boleh membincangkan mengenai perkara berkaitan haji dan tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai politik Obama.

“Saya amat gembira kerana mengingati semula apa yang diajar guru di sekolah rendah dulu yang pernah menceritakan mengenai Makkah dan Madinah ketika kami kanak-kanak,” katanya yang berasal dari kampung Koglilu di barat Kenya.

Ketika ditanya mengenai harapan beliau terhadap kemenangan penggal kedua Obama di Rumah Putih, Sarah ketawa sambil memandang ke arah anaknya Saeed Obama dan cucu beliau.

“Allah saja yang mengetahuinya, ia adalah masa depan yang kita tidak tahu.” Beliau juga mendoakan agar Raja Abdullah cepat pulih sambil menyifatkan pemimpin itu seorang raja yang amat baik.

Putera Mamdouh menganjurkan majlis makan malam bagi menghormati Sarah, anak lelaki dan cucu beliau di istana di Jeddah kelmarin.

Faisal Ambuya, sepupu Obama yang memeluk Islam di bawah bimbingan Sarah berkata: “Nenek saya amat berminat mengajak orang bukan Islam memeluk Islam dan saya belajar mengenai Islam daripadanya.

“Apabila pulang ke kampung saya akan beritahu penduduk mengenai kekuatan Islam,” katanya.

Bapa saudara Obama, Saeed, pula berkata beliau tidak menyangka dapat mengerjakan haji tahun ini.

“Saya amat gembira kerana dapat mengerjakan haji. Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Raja Abdullah kerana membawa kami mengerjakan haji.”

Musa Ismail, anak lelaki ibu saudara Obama yang bertindak sebagai jurucakap dan penterjemah bagi keluarga itu berkata beliau seorang pelajar di Universiti Islam Madinah dan merasakan beliau seperti milik Arab Saudi

Raja Farah, Megat diijab kabul



Pelakon dan peragawati, Raja Farah Raja Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Megat Bashirun Qhuyum Zakaria dengan sekali lafaz, di sini, semalam.

Raja Farah, 22, dan Megat Bashirun, 25, dinikahkan bapa pengantin perempuan Raja Aziz Raja Ngah sambil disaksikan Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Rosly Mohd Arus dengan mas kahwin RM888 pada jam 11.10 pagi. Kedua-dua pengantin kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih tajaan dan rekaan Syahmir Nur Din pada majlis akad nikah yang dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, rakan artis dan kenalan. Sebelum ini, timbul gosip mengenai kehidupan pelakon yang popular menerusi drama bersiri, Mertua VS Menantu yang disiarkan di Astro Prima. Majlis merisik pada 9 Oktober lalu di kediaman keluarga perempuan bertukar menjadi majlis pertunangan. Perkenalan pada awal tahun membuatkan pasangan ini membulatkan tekad untuk mengakhiri zaman solo masing-masing.

Menurut Raja Farah, dia bersyukur kerana majlis akad nikah yang dirancang berjalan lancar walaupun ada sesetengah pihak cuba membuat pelbagai spekulasi berhubung majlis berkenaan. Bagi dirinya, apa yang lebih penting dia mengambil keputusan berkahwin tanpa sebarang paksaan atau dipengaruhi mana-mana pihak.

“Insya-Allah saya melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri sebaik mungkin walaupun tidak bersedia 100 peratus. Saya akui masih banyak perkara perlu saya pelajari. Buat masa ini, saya banyak bertanya serta belajar daripada ibu dan ibu mentua.

“Memang kami sudah merancang untuk majlis bernikah pada hari ini (semalam). Walaupun berlangsung pada hari Jumaat dengan masa yang agak terhad saya bersyukur kerana apa yang dirancang berjalan lancar,” katanya.

Sikap memahami dan mengambil berat menjadi salah satu keistimewaan yang ada pada suami. Sementara cepat serasi dan berkongsi minat sama iaitu menyelam di dasar laut menjadi antara alasan Megat Bashirun menjadikan Raja Farah sebagai isteri. Raja Farah memulakan kerjaya dalam bidang seni sekitar 2001. Gadis kelahiran Kuala Lumpur, anak ketiga daripada empat beradik. Dia mula bergiat aktif dalam iklan televisyen ketika berusia 13 tahun.

Dia turut membuat kemunculan di layar perak menerusi filem seperti Anak Halal, Apa Kata Hati, Maut dan terbaru Haq yang bakal menerjah pawagam tidak lama lagi.

Bagi Megat Bashirun pula, walaupun sedar perkenalan dengan isteri agak singkat, namun dia percaya jodoh di antara mereka cukup kuat sehingga mendorong untuk mendirikan rumah tangga.

“Kalau ikutkan semuanya berlaku secara spontan. Walaupun kami boleh dikatakan baru berkenalan. Namun, naluri hati dapat berasakan keserasian yang kuat dan dia (Raja Farah) adalah jodoh saya,” katanya.

Pengantin lelaki menyerahkan tujuh hantaran berupa pelbagai barangan keperluan, makanan dan perhiasan dibalas sembilan oleh pihak perempuan.

Nov 25, 2010

Hutang Punca Gemuk


KAJIAN oleh pakar Jerman mendapati individu yang gagal melunaskan hutang mereka dalam tempoh yang ditetapkan berisiko sehingga dua kali ganda untuk mengalami kegemukan.

Ketua penyelidik, Eva Muenster dari Universiti Mainz membuat kesimpulan itu hasil penyelidikan ke atas 949 responden.

Kesemua responden itu ialah individu yang mendapat khidmat kaunseling berhubung hutang yang mereka tanggung.

Eva kemudian membandingkan keputusan tersebut dengan individu yang bebas hutang. Hasilnya, 11 peratus responden yang mempunyai banyak hutang mengalami obesiti berbanding 25 peratus responden yang bebas hutang.

Malah, 11 peratus responden tadi akan menghadapi masalah psikologi dan akan makan dalam kuantiti yang banyak untuk mengurangkan tekanan.