Apr 15, 2010

Mati | Tercekik Bebola Ikan

Makan bebola ikan pon boleh  meninggal ke??? Tapi itu lah kenyataannya apabila seorang bayi berumur sepuluh bulan meninggal dunia akibat tercekit bebola ikan. Mmg la sedap bebola ikan tu. Tapi kalau bagi bayi makan, jadi macam ni la.

Baca artikel ni :


 Seorang bayi lelaki berusia sepuluh bulan meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan ketika makan di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Jalan Cantik di sini hari ini.
Bayi itu, Wan Nur Alif Wan Arif Fadhla dikatakan tercekik bebola ikan semasa menikmat sarapan pagi kira-kira jam 9 pagi bersama kanak-kanak lain yang disediakan oleh pengasuh pusat asuhan berkenaan.

Bapa bayi itu, Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada isterinya pada jam 11.15 pagi, memberitahu anaknya dihantar ke Hospital Tampil selepas dikatakan terjatuh.

"Sebaik tiba di hospital berkenaan, pihak hospital memaklumkan bahawa anak saya sudah meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan. Saya berasa amat kesal di atas sikap kecuaian pihak pengasuh," kata Pegawai Penerangan Daerah Rembau itu


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Hooi Cheng ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan yang dibuat oleh bapa kanak-kanak itu.

Katanya pihak polis telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil pengusaha pusat asuhan itu untuk memberi keterangan



p/s : Jaga la budak-budak elok-elok ye.... 

2 comments:

  1. pengasuh tuh bg dia sebijik besa ke ?
    kesian bdk tuh ;(

    ReplyDelete
  2. ya ampun... tak mahu perkara begini berlaku!
    hmmm itulah kengkadang kita tak sangka kan.. hanya sebiji bebola ikan!

    ReplyDelete