PADA Sukan Komanwel di New Delhi, Oktober lalu, S Kumar terpaksa pulang awal selepas mendengar berita sedih ayah kesayangannya meninggal dunia dan misinya membantu pasukan hoki negara memburu tempat terpuji terbantut.
Kini, penjaga gol utama itu hadir dalam satu lagi perlawanan penting apabila turun menentang bekas juara, Pakistan dalam final Sukan Asia, petang ini dan tiada siapa dapat menafikan kecekapannya selaku benteng terakhir yang dikaitkan antara punca utama barisan pimpinan Stephen van Huizen mara ke tahap tertinggi ini.
Malah, ia diakui sendiri beberapa jurulatih luar negara termasuk India, Korea Selatan dan China yang menyifatkan kegagalan mereka menewaskan skuad negara kerana dek kecekapan penjaga gol berusia 31 tahun itu.
Dan, kecekapan penjaga gol yang sudah beraksi 166 kali bersama skuad negara sekali lagi ditagih, hari ini bagi membantu pasukan melakar sejarah lebih gemilang - memenangi emas dan merebut tiket automatik ke Sukan Olimpik London 2012.
“Kejayaan skuad negara bukan sahaja bergantung kepada saya seorang, sebaliknya faktor utama kerana kami beraksi sebagai satu unit yang padu dan mempamerkan semangat juang tinggi,” kata pemain kelahiran Tampin, Negeri Sembilan itu.
“Apapun, saya akan cuba memberi persembahan terpuji esok (hari ini) bagi memastikan gawang negara tidak dibolosi.
“Lagipun, barisan penyerang Pakistan amat pantas dan mempunyai banyak set-piece pukulan sudut penalti mengelirukan.”
Dia yang tidak dapat melupakan kekalahan 1-4 kepada lawan itu dalam Sukan Komanwel New Delhi bulan lalu.
malaysia boleh!!
ReplyDeleteJOM BACE ENTRY BARU
"1.Dr Rozmey idola hatiku"
"2.Kelebihan Ayat Ruqyah"
tp malaysia dh kalah... huhuhu
ReplyDelete