Sep 14, 2010
Tahniah Kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
Tahniah la diucapkan kepada gabenor bank negara kita iaitu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kerana terpilih diantara ketua bank terbaik dunia. Bangga gak la sebab ada gak orang luar negara yang menghargai usaha negara kita.
Untuk kupasan lebih lanjut, baca artikel dibawah ni :
Majalah yang beribu pejabat di New York, Global Finance, menamakan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai seorang daripada ketua bank pusat terbaik dunia sepanjang setahun lalu di kalangan lima ketua bank pusat yang lain daripada lima negara dan Presiden Bank Pusat Eropah, Jean-Claude Trichet.
Zeti dan enam ketua bank pusat yang lain itu diberikan gred "A" dalam rencana tahunan terbitan majalah berkenaan yang bertajuk Kad Laporan Ketua bank Pusat bagi kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.
Gred berkenaan adalah antara A hingga F, dengan A yang tertinggi manakala F terendah.
“A menunjukkan prestasi cemerlang dan F pula kegagalan,” demikian menurut Global Finance dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua bank pusat yang lain yang menerima gred tertinggi ialah Ketua Bank Pusat Australia, Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee Seong-tae (Korea Selatan), Fai-Nan Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah).
Majalah berkenaan mempunyai pembaca di 163 negara yang terdiri daripada pengamal kewangan syarikat-syarikat multinasional, dan mempunyai pejabat di London dan Milan, selain ibu pejabat di New York.
sumber : berita harian
Labels:
berita
Sep 12, 2010
Kempen Bakar Al-Quran Ditarik Balik
"mamat yang semangat giler nak bakar"
Untuk maklumat lanjut boleh baca keratan akhbar dibawah :
Sebuah gereja kecil di Florida yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia berikutan ugutannya untuk membakar al-Quran pada upacara memperingati serangan 11 September, menarik balik rancangannya.
“Saya ingin menjelaskan dan mengesahkan 100 peratus bahawa tiada sebarang kitab al-Quran akan dibakar pada jam 6.00 petang ini seperti yang dirancangkan sebelum ini,” kata pemimpin gereja, KA Paul dalam satu sidang akhbar.

Paul bertindak sebagai jurucakap Paderi Terry Jones minggu ini untuk membincangkan rancangan memperingati peristiwa serangan 11 September dengan membakar beberapa naskhah kitab suci al-Quran.
Bagaimanapun, berikutan timbul bantahan dan kemarahan yang tercetus oleh penganut Islam di seluruh dunia, Jones berkata dia mengumumkan menarik balik rancangannya untuk membakar al-Quran.
Jones mendakwa pemimpin Islam bersetuju memindahkan lokasi masjid baru jauh dari Ground Zero, dan satu perbincangan akan diadakan mereka hari ini.
“Beliau tidak berada di Gainesville. Beliau terbang ke New York dan saya yang membayar tambang penerbangan serta menempah bilik untuknya malam ini,” katanya.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada imam yang terbabit dengan projek itu, Feisal Abdul Rauf, mempunyai rancangan untuk bertemu Jones.
Imam berkenaan sebelum ini menafikan sebarang rundingan yang menyaksikan lokasi pembinaan masjid dan pusat kebudayaan dipindahkan dari lokasinya berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan itu, ke tempat lain.
Feisal juga tidak mematuhi tempoh dua jam yang ditetapkan Jones untuk mengadakan rundingan dengannya.
Jones mencetuskan kemarahan umat Islam berikutan rancangan membakar al-Quran, manakala berpuluh ribu rakyat Afghanistan mengadakan tunjuk perasaan di jalanan menyebabkan seorang terbunuh.
Rancangan beliau dilihat bakal membahayakan lagi kedudukan tentera Amerika yang sedang berperang di negara itu dan Iraq.
Projek pembinaan pusat kebudayaan dan masjid berhampiran Ground Zero turut menyebabkan perbahasan hangat senat Amerika berikutan lokasinya yang terlalu hampir dengan lokasi serangan 11 September, menyebabkan hampir 3,000 orang terbunuh.

Sumber : berita harian
Diharapkan agar perkara ini tidak diteruskan. Amin....
Labels:
berita
Kebakaran Di Jambatan Pulau Pinang
Fuhh.... Agak gempar gak la bila dengar jambatan ke-3 terpanjang di asia tenggara ni terbakar. Mana tak nye, aku dah la balik kampung kat Penang. Ingatkan terbakar teruk la. Nasib baik kecik je.
Kecik-kecik pon dekat 3 jam jugak la jammed kat atas jambatan tu... Hahahha... Nasib baik la time tu aku tak lalu atas jambatan. Tapi janganrisau sebab pihak PBSB dah bagi tau yang jambatan tu dah selamat. Jom ikuti berita ni.
Penang Bridge Sdn. Bhd. (PBSB) memberi jaminan Jambatan Pulau Pinang selamat digunakan meskipun tiga kabel bervoltan tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawahnya terbakar pagi semalam.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, PBSB yang menyelenggara jambatan itu memberi jaminan ia selamat dan orang ramai tidak perlu risau meneruskan perjalanan mereka menggunakan jambatan tersebut.
Bagaimanapun, lorong kanan kedua-dua hala (arah pulau dari Kilometer 2 hingga Kilometer 2.2 dan tanah besar dari Kilometer 2.4 hingga 2.2) terpaksa ditutup sementara bagi memudahkan TNB menjalankan siasatan berhubung insiden kebakaran itu.
"Bagaimanapun, keadaan trafik di semua pintu masuk ke Jambatan Pulau Pinang di kedua-dua arah dari pulau dan Butterworth juga lancar,” kata kenyataan itu.
Pengguna jambatan digalakkan menghubungi talian Bridgeline di 1300-1300-03 atau menggunakan Sistem Pengurusan Informasi Trafik dalam talian (OTIM) bagi maklumat terkini mengenai keadaan trafik.
Dalam kejadian semalam, ribuan kenderaan terkandas lebih tiga jam di atas Jambatan Pulau Pinang berikutan kebakaran kabel yang mengakibatkan keadaan asap hitam berhampiran Kilometer 2 menghala ke Georgetown.
Kesesakan turut dilaporkan berlaku di Terminal Feri kedua-dua arah selepas orang ramai beralih menggunakan perkhidmatan tersebut.
Kejadian itu adalah yang kedua membabitkan kebakaran kabel di Jambatan Pulau Pinang, kali pertama pada 1995.
Sumber utama : utusan
Labels:
berita
Sep 9, 2010
Susulan Kes Kehilangan Datuk Sosilawati
Datuk sosilawati yang dikhabarkan hilang bersama 3 lagi rakannya
Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dilaporkan hilang bersama tiga individu lain ketika di Banting, Selangor sejak 10 hari lalu, dipercayai disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan berhubung soal kewangan membabitkan perniagaan.
Sumber memberitahu Berita Harian, motif sebenar kumpulan itu belum dipastikan, namun polis sudah mengambil keterangan beberapa individu yang rapat dengan ahli perniagaan terbabit yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visgaes bagi mengenal pasti rangkaian konspirasi berkenaan.
Difahamkan wang yang dibawa ahli perniagaan itu ketika kehilangannya bukan RM4 juta seperti yang dilaporkan, tetapi jumlah sebenar tidak dapat dipastikan lagi. Lokasi tanah yang dikatakan mahu diurusniagakan juga bukan di Banting seperti yang didakwa sebelum ini, sebaliknya di Pulau Pinang.
“Difahamkan, Sosilawati ada menemui seseorang di sana (Banting) bagi membincangkan urus niaga tanah, selain mengambil sejumlah wang yang tujuannya belum dikenal pasti.
“Apa kaitan individu itu dengan Sosilawati atau kumpulan yang menyembunyikannya juga belum diketahui. Motif mereka juga masih samar. Namun, mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan salah seorang yang turut dilaporkan hilang bersama ahli perniagaan terbabit,” katanya.
Sosilawati, 47, yang juga bekas isteri penyanyi Nash dilaporkan hilang ketika urus niaga tanah di Banting pada 30 Ogos lalu selepas kali terakhir dilihat pada majlis berbuka puasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS), di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dua hari sebelum itu.
Turut hilang bersama beliau ialah peguam dari Tetuan Kamaruddin & Partners di Putrajaya; Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank dari CIMB Bank Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38: dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi Sosilawati
Difahamkan, mereka menggunakan dua kereta berasingan, iaitu BMW X5 M-Series bernombor pendaftaran WTL 11 milik Sosilawati dan BMW 525i M-Series bernombor pendaftaran AAJ 5 yang kemudian masing-masing ditemui di tempat letak kereta Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah dan di hadapan Hotel Dorsett Subang Jaya kira-kira jam 8.30 malam, Isnin lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada sidang media majlis serah tugasnya semalam, berkata siasatan terperinci sedang dijalankan berpandukan beberapa petunjuk yang diperoleh oleh polis.
“Kita sedang siasat dan yakin boleh menemui semula keempat-empat individu berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah, berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian berkenaan secara terperinci dengan segala kemungkinan diambil kira, termasuk mengesan individu terakhir yang ditemuinya sebelum dilaporkan hilang.
Beliau menasihati orang ramai tidak mempercayai khabar angin berhubung kehilangan jutawan terbabit, terutama yang disebarkan melalui SMS.
sumber utama : Berita Harian
Labels:
berita
Gila Nak Raya Awal
Aduh.... Sedih gak aku tengok geng-geng ni. Dah elok-elok raya dapat raya kat umah, dah kena raya kat lokap. Ni semua gara-gara gila nak raya awal la ni. Tak sabar-sabar. Kat negara Arab pon raya ari Khamis la ( kalau tak silap aku la).
Kalau macam tu, sape2 nak raya awal, boleh lah datang kat Perlis. korang semua boleh raya awal. Macam geng-geng ni. Tapi nanti kena tangkap, tanggung sendiri la ek.
Kepada sesiapa yang tak tau citer pasal benda ni, korang boleh la baca artikel kat bawah ni.
Ketika ditahan, kumpulan itu mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu.
Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.
Kesemua anggota kumpulan itu berusia antara 19 dan 52 tahun itu, yang tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.
Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit, manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.
Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina @ Aghata Abdullah, 53.
Othman, ketika menjatuhi hukuman itu, hairan dengan tindakan kumpulan itu yang menyambut Aidilfitri lebih awal sedangkan anak bulan hanya akan dicerap petang ini.
"Perbuatan ini memalukan. Orang bukan Islam tengok hari ini ada yang sudah beraya dan selepas ini ada lagi raya. Jangan buat celaru," katanya.
Pendakwaan dijalankan oleh Fakhrurrazi Md Akhi ~~~~ Harian Metro
Kalau macam tu, sape2 nak raya awal, boleh lah datang kat Perlis. korang semua boleh raya awal. Macam geng-geng ni. Tapi nanti kena tangkap, tanggung sendiri la ek.
Kepada sesiapa yang tak tau citer pasal benda ni, korang boleh la baca artikel kat bawah ni.
KANGAR: Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, dekat sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin berkata, kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada jam 8.30 pagi ini.Ketika ditahan, kumpulan itu mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu.
Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.
Kesemua anggota kumpulan itu berusia antara 19 dan 52 tahun itu, yang tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.
Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit, manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.
Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina @ Aghata Abdullah, 53.
Othman, ketika menjatuhi hukuman itu, hairan dengan tindakan kumpulan itu yang menyambut Aidilfitri lebih awal sedangkan anak bulan hanya akan dicerap petang ini.
"Perbuatan ini memalukan. Orang bukan Islam tengok hari ini ada yang sudah beraya dan selepas ini ada lagi raya. Jangan buat celaru," katanya.
Pendakwaan dijalankan oleh Fakhrurrazi Md Akhi ~~~~ Harian Metro
Labels:
Cerita
Sep 8, 2010
Man Utd Tangguh Kontrak Rooney??
Gambar ketika Rooney mula menyertai Man Utd. Menyarung jersi no 8. Sekarang no 10
Masa depan Wayne Rooney di Old Trafford masih kabur kerana belum menandatangani kontrak bersama kelab itu.
Menurut akhbar The Sun UK, situasi ini berbeza dengan jaminan pengurus Manchester United, Alex Ferguson bahawa penyerang England itu ditawarkan kontrak baru yang menawarkan RM671,004.05 seminggu.
Ketika dunia dihangatkan kisah Rooney yang dikaitkan dengan skandal seks bersama pelacur, kebarangkalian penangguhan kontrak tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pemain itu.
“Jika Rooney tidak menandatangani kontrak baru sehingga tahun depan, harga Rooney akan menjunam dan United akan menanggung kerugian berjuta pound, maka dia boleh menyertai mana-mana kelab yang dikehendaki di dunia ini,” menurut sumber dalaman kelab tersebut.
Bekas rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo sebelum ini telah mempelawa penyerang berusia 24 tahun itu untuk menyertainya di Real Madrid.
Lebih membimbangkan, masalah Rooney dan isterinya yang menjadi perbualan hangat dikhuatiri yang mendorong penyerang itu berkemungkinan berhijrah keluar dari Liga Perdana England.
Sebelum ini, ada cadangan agar gaji Rooney dinaikkan bagi mengekalkannya di United sekali gus menjadi pemain paling mahal dalam kelab itu.
Red Devils bagaimanapun gagal untuk mengatasi masalah itu sekalipun Ferguson mahu terus mengekalkan pemain-pemain bintangnya yang ada antara mereka mempunyai kontrak kurang dari dua tahun.
Rooney pula masih mempunyai baki kontrak selama 18 bulan lagi.
Temu janji Rooney dengan ketua eksekutif kelab, David Gill yang sepatutnya diadakan dua minggu lepas juga tertangguh.
Rooney merupakan pemain berharga United yang mampu memberi pulangan dari segi pengiklanan dan penaja baru.
Namun, imejnya yang tercalar sejak bulan lepas, menjadi faktor yang mempengaruhi tawaran tersebut.
Kelab itu dikatakan enggan dilihat menjulang pemainnya ketika nama baik pemain itu sebagai yang wajar dicontohi telah tercalar.
Pada Ogos lepas, gambar Rooney membuang ari keci di jalan, merokok dan menyanyi pada awal pagi telah disebarkan media Britain.
Sekarang pula timbul cerita mengenai penyerang itu mengadakan hubungan seks dengan pelacur semasa isterinya sedang mengandung anak pertama mereka, Kai.
Sudah tentu pemilik kelab, keluarga Glazer mahu Rooney kembali memulihkan reputasi sebelum mereka menawarkan perjanjian yang bernilai 36 juta pound.
Labels:
Manchester United
Pengumuman Raya
" Saya, penyimpan mohor besar Raja-Raja, dengan ini mengisytiharkan, Hari Raya Aidil Fitri Pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat bersamaan 1 Syawal 1431 Hijrah."
Mesti korang familiar dengan ayat kat atas ni kan. Biasa la. Pakcik tu umum tiap-tiap tahun tanpa penat jemu. Dari aku kecik sampai aku dah boleh bagi duit raya kat orang, pakcik yang sama je yang duk ucap tiap-tiap kali nak sambut raya.
Di kesempatan ini gak la aku nak mohon berjuta-juta kemaafan daripada korang semua andai aku ada buat sebarang salah atau silap ngan korang. Biasa la kan, kita sebagai manusia ni mana boleh terlepas dari buat sebarang kesilapan. Sedangkan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW pon maafkan umatnya, inikan pula kita sesama manusia.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Dan Batin
Labels:
Personal
Subscribe to:
Posts (Atom)