Sep 9, 2010

Gila Nak Raya Awal

Aduh.... Sedih gak aku tengok geng-geng ni. Dah elok-elok raya dapat raya kat umah, dah kena raya kat lokap. Ni semua gara-gara gila nak raya awal la ni. Tak sabar-sabar. Kat negara Arab pon raya ari Khamis la ( kalau tak silap aku la).

Kalau macam tu, sape2 nak raya awal, boleh lah datang kat Perlis. korang semua boleh raya awal. Macam geng-geng ni. Tapi nanti kena tangkap, tanggung sendiri la ek.

Kepada sesiapa yang tak tau citer pasal benda ni, korang boleh la baca artikel kat bawah ni.


KANGAR: Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, dekat sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin berkata, kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada jam 8.30 pagi ini.

Ketika ditahan, kumpulan itu mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu.

Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.

Kesemua anggota kumpulan itu berusia antara 19 dan 52 tahun itu, yang tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.

Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit, manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.

Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina @ Aghata Abdullah, 53.

Othman, ketika menjatuhi hukuman itu, hairan dengan tindakan kumpulan itu yang menyambut Aidilfitri lebih awal sedangkan anak bulan hanya akan dicerap petang ini.

"Perbuatan ini memalukan. Orang bukan Islam tengok hari ini ada yang sudah beraya dan selepas ini ada lagi raya. Jangan buat celaru," katanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Fakhrurrazi Md Akhi ~~~~ Harian Metro

2 comments:

  1. Tadi dalam news ada mention pasal satu kejadian di satu negara yang sambut Aidilfitri pada 4 hari yang berbeza. Tu lagi haru. Mungkin semua mazhab decided to celebrate on different days. Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. maybe la... tapi why they celeb in malaysia. we as muslim just follow only one mazhab...

    ReplyDelete