Mar 31, 2010

Mari Uji Mata Kita


Mari kita uji sejauh mana ketajaman mata kita. Mata kita biasanya focus pada satu tempat je. kalau kta nak dapat pandangan yang lebih tepat, kita terpaksa mengecilkan anak mata supaya titik focus mata tertumpu pada apa yang kita nak tengok

Kat atas ni ada saru gambar. Secara jujur la.Apa yang korang nampak kali pertama pandang gambar ni?? kalau tak nampak apa-apa, cuba kecil kan mata korang sehingga 90% tertutup. Atau pun korang jauh kan sikit pandangan korang. Then korang akan nampak tulisan.

Apa ayat yang tertera diatas???

Mari mencuba

Berhati-Hati Dengan 50% Halal


Maybe gambar ni dah lama kot kuar. Tapi aku baru je terjumpa gambar ni masa aku ngah search gambar kat internet. Agak terkejut gak la tengok produk macam ni... Benda macam ni pon ada jual gak ek.. Apa la... Dah alang-alang tak halal, tulis je la tak halal. Nak gak buh 50 % halal.... Pelik aku.... Maybe nak bagi laris kot produk tu....

Kepada sesiapa yang x perasan main beli je. So, pas ni kena la check dulu barang yang kita nak beli... Skang ni pon dah banyak kedai or makanan yang guna logo halal palsu. Yang xda kebenaran daripada JAKIM... So, kita yang muslim ni kena sentiasa alert la ngan benda- benda macam ni....

p/s : nampak macam sedap je... perasa ayam pulak tu... Hehehehe

Mar 30, 2010

Masih Ada Dara Lagi Ke??? Check Balik


Cara cara nak tengok sama ada gadis-gadis yang korang kenal selama ni ada dara lagi atau pun tidak. Benda ni tak semestinya betul. Tapi aku dapat benda ni dalam artikel yang aku baca dalam internet gak and ada yang sokong. Diorang cakap benda ni memang ada dalam buku.

1)      Tengok tapak tangan : Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara

Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.
Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi jika garisan itu tidak putus, bermakna gadis itu masih suci.

Tapi kalu awek korang tu baik, tak kan diorang nak wt benda tak elok kan...

p/s : ini hanyalah untuk tatapan sahaja. Untuk keterangan yang leih tepat, jumpalah orang lebih pakar dalam hal-hal macam ni.

Ikuti episod seterusnya : Melalui Jari Kelingking Pula

Henry Kembali Ke Emirate

untuk kali pertama bagi bekas pemain The Gunners, Thierry Henry untuk menjejakkan kakinya di Stadium Emirate pada pagi Rabu apabila Barca akan menentang Arsenal dalam pelawanan suku akhir pertama untuk Liga juara-juara.. Semua orang nak tengok mamat ni beraksi menentang kelab lamanya. Teror lagi ke dia??? Hahah. Semua tu akan terjawab nanti.

Bagi mamat ni, dia rasa sedih sebab lawan ngan kelab lama dia..(dalam hati gembira sakan). Tapi ada kemungkinan besar Henry tidak akan diturunkan. Sebab dia cakap dia ada lagi perasaan sayang kat kelab lama dia(poyo je)... Hahahaha...

Apa-apa pon kita akan lihat sendiri perlawanan pada pagi esok watu tempatan...


p/s : Ala.. main jela... Arsenal bukan sayang ko dah... Lagi pon bukan teror sgt pon diorang men... hehehhe

Bola Sepak : Perlawanan Minggu ni

Perhatian kepada semua peminat bola sepak antarabangsa... Minggu ni ada banyak match yang best2... Terutamanya kepada semua peminat Manchester United... aku mention sebab aku minat giler team ni... Minggu ni Man United akan melalui perlawanan yang sukar apabila akan bertemu dengan Bayern Munich pada 30.7.2010.( esok pagi waktu tempatan). Then akan lawan ngan Chelsea plak ujung minggu ni (super sunday).. Perlawanan yang akan menentukan tempat teratas dalam carta liga... Minggu  depan plak, jumpa balik ngan Bayern Munich tok second leg Champion League.

Match-match lain yang menarik macam Barca lawan ngan Arsenal minggu ni dalam Champion League. Then ujung minggu plak lawan ngan Real Madrid tok pertembungan El Clasico..  Match untuk menentukan tempat teratas liga gak...

Semua game best je ujung minggi... giler la... PSM aku pon x siap lagi.. huuhuh

Gambar Man U sbb aku fan team ni... Huhuhu

Earning Buffered From Nuffnang


Hari ni aku agak terkejut gak la sebab aku dah dapat earning buffered from Nuffnang. Baru 2 minggu aku start blogging ni dah dapat... Hasil dari pembelajaran dari otai-otai blog gak la ni.. Banyak gak tips-tips yang menarik yang aku dapat daripada diorang ni... Thanks la....

Antara otai-otai blog yang banyak bagi aku tips-tips ni adalah seperti GTO, RedMummy, Melz,( aku promote korang. blh ke??) dan ramai lagi la... Tak sia-sia gak la usaha aku selama ni... So, korang yang kat luar sana tu, kalau rajin, lawat la blog diorang ni... Banyak gak tips-tips yang menarik yang korang boleh belajar....Jangan malas... Kalau malas macam mane nak berjaya...

So, lungkan la masa anda semua... Semoga berjaya ye...

Mar 29, 2010

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!


Sebelum ni mesti korang penah tengok Projek Alpha season 1 kan...Dah ramai yang terpilih menjadi star dalam projek masa tu... Sekarang ni Projek Alpha dah masuk musim kedua. Ramai yang telah terpilih menjadi bintang dalam projek tersebut. Peluang anda untuk menjadi bintang masih lagi terbuka dalam Projek Alpha musim yang ketiga... Adakah anda salah seorang daripada mereka..???? apa lagi yang ditunggu. Tampilkan diri anda. Tunjukkan bakat yang anda ada dan jadilah bintang dalam Projek Alpha musim ketiga nanti.

Untuk menjadi bintang ini, anda hanya memerlukan beberapa langkah sahaja sebelum anda berjaya bergelar bintang.


  • Anda perlulah mendaftarkan diri sebagai ahli Ruumz dan log in diri anda pada laman web tersebut
  • Sertailah Projek Alpha Ruumz Group
  • Cipta video dah hantarkan video tersebut pada ruang audition album
  • Carilah peminat setia anda supaya mereka berminat dengan video anda. Peluang anda menjadi bintang lebig cerah apabila ramai yang meminati video anda


Langkah-langkah yang cukup mudah untuk menjadi seorang bintang. Jadi, tunggu apa lagi, Tunjukkan bakan anda sekarang.. Terdapat pelbagai hadia menarik yang menanti anda semua. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ia bukan datang selalu... Jadilah yang terawal..

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out 

Lelaki Ada Buah Dada Besar ???


Serius la... Tapi ini adalah hakikatnya... Memang ternyata berlaku didunia ini apabila terdapat perkara sebegini berlaku.. Berikut merupakan keratan petikan akhbar Berita Harian pada hari ini :
BEIJING: Doktor di China mendakwa menemui seorang lelaki memiliki payu dara paling besar di dunia, selepas peladang tenusu itu datang mendapatkan rawatan di sebuah klinik pakar. 

Dr Zhang Lilan dari Hospital Jinan, berkata: “Pesakit berkenaan, Guo Feng, 53, adalah lelaki tulen dalam semua aspek kecuali saiz payu daranya yang amat besar menyebabkan beliau tidak selesa dan sukar melakukan kerja ladang.” 



“Payu dara saya mula membesar 10 tahun lalu. Cuma sejak kebelakangan ini ia menjadi terlalu besar. Saya pergi dari satu hospital ke satu hospital tetapi tiada pihak sanggup membantu,” kata Guo. .


mesti ramai kaum perempuan kat luar sana mengamuk selepas membaca akhbar ini... hehehhe.. Payah gak ek kalau memiliko saiz buah dada yang besar. Nak buat apa-apa kerja pon susah...

p/s : bersyukur lah dengan apa yang kita ada sekarang ni....

Mar 28, 2010

I am Back....

Overnight yang amat meletihkan... Tengok Man United menang besar sampai kul 3 pagi then g tido kat hotel( mewah giler)
Nasib bek puas ati sebab dapat jumpa ngan orang yang tersayang next day( AHAD) iaitu awek aku sendiri....
Gua amat letih... Nak rehat dulu sebelum menulis entry-entry yang lain....

Thanks for the present...

Mar 27, 2010

Gambar Ngeri Kemalangan Motorsikal


Gambar salah sorang penunggang motosikal yang mengalami kemalangan dengan sebijik lori... Dari gambar ni, kita tengok macam teruk je kan orang tu kena langgar... Cuba tengok gambar kat bawah ni pulak...



Yang ni pulak gambar mangsa yang diambil dari jarak yang dekat... Tengok penunggang tu, tersepit kat bawah lori... Laju ke tak dia bawak, hanya TUHAN je yang tau.... Lagi ngeri lagi kalau tengok gambar ni dari dekat.


Ya ALLAH.... ngeri gile... Harap-harap la benda macam ni tak jadi kat kita mahupun keluarga kita. So, pesan-pesan la kat ahli keluarga kita agar berhati-hati ketika menunggang motorsikal... Bukan kita nak benda ni jadi. Tapi kita mampu menghindarkannya....

p/s : Tunggang lah dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang.... AMIN...

Blaja Cara-cara Blongging ngan Otai Blog..

Aku baru lagi dalam arena membloging ni... so, tiap tiap ari ada je entry yang aku tulis.. kadang-kadang tu, entry ntah pape je aku tulis... tapi, sebagai ahli baru, aku banyak blaja cara membloging dengan otai-otai bloging. Aku sendiri declare diorang ni otai blogging sbb aku tgk diorang nye blog ada aura tersendiri... skang ni aku ngah cari sendiri aura tu....
1) skang ni, yang aku tgh follow adalah REDMUMMY. bagi aku dia ada aura yang tersendiri... ramai gile yang hit page dia... maybe entry yang dia tulis menarik. so aku take her page as my refference tok aku majukan diri aku.

2 ) aku skang blaja cara nak earn from Nuffnang... aku bagu lagi dalam Nuffnang ni, blog aku ni pon xda la popular macam blo-blog orang len... so aku banyak dapatkan tips-tips daripada blog GTO. Banyak gak tips-tips yang aku gain dari blog diorang ni... So, aku sentiasa follow up diorang nya entry

3) banyak lagi blog-blog yang popular macam blog Hanis Zulaika, BeautifulNara, Kennysia yang korang leh follow.

So, best of luck to all of you

Mar 26, 2010

Kursus Kawen !!!!

Sok aku kena g kursus kawen pulak... Baru ingat nak kuar jalan-jalan, shooping ke. Arap-arap ka kursus tu sampai petang je... Paling tak pon aku dapat gak g pasar malam kat Sg Besi ni... Dapat makan tongkeng ayam pon jadi la... dah lama giler aku tak makan tongkeng ayam ni.... Huhuhuhu.... Nasib bek la dia buat satu hari je... kalau nak compare ngan kursus kawen kat lear tu, ada yang sampai seminggu. Siap ada Qiamulail lagi.... hehehhe.... Layan je la... Nanti nak kawen senag sikit... Dah ada sijil kawen...

Rokok Elektronik???

Entry ni khas tok para perokok kat luar sana. Kepada semua yang mengisap rokok samaada diri anda sendiri atau pon kekasih anda ke, ni la langkah terbaik yang ada...
Memang susah nak berhenti merokok. Kadang-kadang tu dah stop, tapi sambung balik... baik korang semua test yang ni pulak. 





kalau isap rokok ni, tak yah pakai pemetik api. semua dah disediakan secara automatik. rokok ni boleh isap kat mana-mana je pon. Setahu aku xda lagi kawasan larangan bagi perokok elektronik.

Bagaimana rokok elektronik ini berfungsi?.
Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya.  Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan..
Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika di hisap..

Pakage yang disediakan.


1 mini e cigarette Atomizer
2 mini e cigarette Batteries
1 Special Charger
1 Power cord
5 pcs mini e cigarette cartridges



Sedutan untuk setiap kartrij: 180 sedutan
Kandungan cecair untuk setiap kartrij bersamaan rokok biasa: 
15btg
Bateri Penuh boleh tahan: 250 sedutan
Tempoh Caj: 2-2.5 jam 



Harga : RM 250 

Refill catridge= 5/pek 
RM24
= 4 unit pek (20 kartrij) 
RM80
Kotak pembawa (Casing)=
 RM20

more information, just CLICK here

Kempen Padam Lampu??? Mampukah

Esok negara kita akan joinseluruh dunia dalam Kempen Padam Lampu, Earth Hour pada jam 8.30pm waktu tempatan. Benda ni dah selalu buat kat Sydney selama 3 tahun berturut-turut. Tapi tahun ni negara kita akan menyertai kempen ni...
Last year pon ada gak, tapi tak semua penduduk tempatan memberikan kerjasama mereka. Harap-harap tahun ramai yang akan bagi kerjasama la... Boleh tengok negara kita bergelap selama satu jam....
bukan senang tu bro nak buat... Semua kena bagi komitmen yang tinggi la.... Tapi jangan ada yang ambik kesempatan pulak... Kang ada yang kaki pencuri tu ambik peluang time macam ni.... huhuhu

KLCC pon akan gelap sama esok... 


1 Malaysia...

Kapal Selam Kita Dah Boleh Selam

Kapal selam negara yang pertama iaitu KD Tuaku Abdul Rahman akan menjalani ujian menyelam di perairan negara kita...
Tak lama lagi boleh la selam tu... Biasa la... Barang baru mmg la macam tu.... bukan semua kapal boleh beroperasi kat semua keadaan.
Memandangkan kapal selam kita di buat di Perancis, so, kita dah test kat sana. Ok je... Tapi bila operasi kat negara kita, ada masalah...
Kapal tu pon nak kena sesuaikan ngan iklim negara kita gak...
hehehe..
Aset penting tu kapal selam... Negara len pon takut kalau kita ada kapal selam....

more about this, korang boleh la baca kat berita harian  kan SINI

KD Tuanku Abdul Rahman masa baru sampai kat Malaysia

Proud to be Malaysian...

Teka Teki (Part 2)

Hallo kawan-kawan... aku nak sambung beberapa lagi teka teki baru dari Mr Professor, Cherah. Hahahah... mesti korang xdapat jawab nye... hahahha

1) Ikan apa yang BMI ???
2) Benda apa yang turun tapi kita tgk atas???
3) Kapal terbang apa yang x boleh mendarat ????
4) Kenapa siput babi jalan lambat ???
5) Kenapa semut api jalan lambat ???

yang lain aku dah lupa, kepada member-menber,please ingatkan aku... hahahhaha

Mr Professor a.k.a Raja Teka Teki
Kalau korang berani lepak la ngan dia and cabar la dia suh kuarkan beberapa teka teki....

Mar 25, 2010

CHECK THIS !!! Adab Pemakaian Cincin

Kita selalu pakai cincin. Tak kira la cincin jenis apa pon. Yang batu besar ada, batu kecil ada, yang tak ada batu pon ada. Tapi tahukah kita cara pemakaian cincin yang sebenarnye...


Yang mana umat Islam tu, please take note la.... Aku pon xtau gak... pas aku baca artikel ni, baru aku tau...(jahil gak aku ni).....heheh... Mari ramai-ramai kita baca...


Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin 
pakailah di jari 


1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan
 jangan memakai pada jari 

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s. 



p/s: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala. 



Ni tangan aku...Nasib baik aku pakai kat jari yang betul... Hehehhehe

Mar 24, 2010

Honda Civic Type R

Dalam banyak-banyak kereta mewah, aku paling minat kereta ni la...Ni la kereta impian aku tak lama lagi... Dalam proses nak kumpul duit... kalau dah cukup..... Aku tak minat sangat kereta macam BMW, Mazda ,Lancer, semua tu... Bagi aku kereta ni pon dah cukup segala sifat....

Fuhh... Gaya siot...


Type R


Guna teknologi i-vtec


tempat duduk yang selesa


Layout dalam yang sistematik. Teknologi baru.

Harga pasaran sekarang : RM 199,800.00
Second hand                 : RM 148,000.00 (anggaran)

kalu aku beli kereta ni, makan batu la aku tiap-tiap bulan... tapi x mustahil satu ari nanti aku beli gak

Koleksi Cerita Lawak... hahaha

kat sini aku nak share beberapa cerita lawak... Ni pon dari member-menber aku nye... layan je la...


1) Cerita pasal Gambar
Karim baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya.
Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya
dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Karim
naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Karim mengambil keputusan untuk
berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai
tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Karim terlepas gambarnya itu lalu
jatuh ke bawah tempat duduk penumpang.
Karim tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi
berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Karim berkata,

"Kak... Boleh tolong angkat sikit kain akak tu tak? Saya nak ambik gambar..."

p/s : bengong gak Karim ni....hehehe




2) Dua sahabat yang bengong


Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang- kangkang.
Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang



p/s : pilih la orang yang betul tok tanya soalan




3 ) Pendatang Asing


Pada suatu hari... Ada 3 org kwn dr berlainan negara duk kedai kopi melepak...
John dr america,Ady dari indonesia,Bak dari Malaysia...

John bakar rokoknya dgn mancis yang segi empat tu... pas guna sekali trs dia buang...

Bak:John,Kenapa ko buang mancis mahal ko tu??

John:I have many in my country...

Ady pun mula mkn bakso yang dia order...

Pas hirup sup baksonya sikit trs dia buang...

Bak:Ady,Nape ko buang bakso ko??? Banyak lg tu...

Ady:Gue ada banyak di negara gue gitu...

Bak pun mengangguk smbl berfikir..... Dorg ade bnde2 yang special... aku ada ape??

Tiba2 dia angkat si Ady dan lempar Ady sekuat hati.... pastu dia duduk balik smbl John tepinga-pinga...

Bak pun kata... Ada banyak di negara aku...



p/s : kalau orang tu ada permit cam ne??

Mar 23, 2010

Nuffnang Bagi Hadiah...

Bukak email je terus dapat macam ni... Terima kasih la banyak-banyak kat pihak pengurusan Nuffnang


Dear Nuffnanger,

Congratulations! You've been selected as one of the bloggers to attend the Gatsby Deodorant Street Fair on 17 April 2010! Just to recap, the details of the event are as below:

Date: 17 April 2010
Time: 10 am – 5 pm
Venue: Front foyer, Ground floor, Berjaya Times Square

A few things to note:
  1. You may bring along one friend to attend the Street Fair with you!
  2. You must register yourself before the start of the Street Fair at 10 am on 17 April in order to qualify for the cash incentive.
  3. Please note that registration is compulsory, because it serves as proof of your attendance to the Street Fair. This is important because only with proof of your attendance can we credit the cash incentive to your Nuffnang account, which will be done on the following Monday, 19 April 2010.
If you have any questions, please feel free to drop us a message via our helpdesk. Hope to see you there! :)

tq la.... x sia-sia usaha aku selama ni... hehehhe


so, sape-sape yang x join Nuffnang lagi, join la

Used Car | Tips Beli Kereta Second Hand

Aku nak share sikit pasal tips nak beli kereta second...

1) Harga
korang kena pandai cari harga yang sesuai dengan kete yang ko nak beli... jangan tegok satu kedai je... try cari banyak kedai so korang leh compare harga mana yang sesuai ngan kete yang korang nak..

2) Tahun Keluaran
Biasa orang akan tengok tahun keluaran kereta tu... kalau nak yang elok, better ambik yang bawah daripada 5 tahun... kalau korang ambik yang dah 10 tahun keatas, loan xleh nak wt... lagi pon kalau kete tu dah lama, mesti dah banyak orang guna... jarang orang guna kereta lama-lama.

3) Tengok Mileage
biasanya, tok kereta second, better korang pilih yang mileage yang bawah daripada 100000. lagi okay kalau bawah 50000.

4) Owner
biasa kita dengar kereta yang orang perempuan pakai ni elok. jangan caye sangat statement tu.. x semua perempuan pandai jaga kereta... ada gak yang penah accident. so, check sama ada owner sebelum tu pernah accident ke belum.

5) Alatan dalam kereta
jagan cari kereta second yang dah banyak modified. biasanya kereta yang dah modified ni banyak giler problem... enjin pon banyak yang dah tukar lain...

6) Reason orang jual kereta.
korang kena gak tengok nape orang tu nak jual kereta dia. jarang orang jual kereta sebab nak tukar kereta baru... kebanyakan mereka tukar sebab kereta diorang dah ada problem... tapi x semua cam ni. ada yang tukar sebab nak beli kereta baru... so pilih la..

Last skali, sebelum korang beli kereta, korang bawak la member-member korang yang pandai dalam kereta ni.. suh dia check full body. takut ada masalah macam kereta potong ke, kereta bekas accident ke.. cmake full of check before u make a deal....

pilihan di tangan anda semua... terima kasih

Mar 22, 2010

No Sweat



"No Sweat"maksudnye tiada peluh.
biasala.. orang yang slalu bersukan ni mmg banyak kuar peluh.... Tapi tak semestinya orang yang sukan je kuar peluh ni.. orang yang x sukan pon leh kuar peluh...
kalau kuar peluh time sukan xpe lagi.... ni kuar peluh time pakai uniform, time dating ngan awek, dan banyak lagi la... kita pon ada yang rasa geli bila peluh kuar time yang x sesuai...
ada gak jenis manusia yang tak kuar peluh... sampai kena operate nak buang kelenjar peluh...(bahaya gak orang cam ni)

ada satu citer aku nak story kat korang semua... ada sorang membe aku ni mmg kuat kuar peluh... bila dia dalam kelam kabut sikit je, mesti berpeluh... dah la slalu pakai uniform... bila peluh kuar kat ketiak, nampak beb....
so ada la pegawai aku ni tanya dia.

Pegawai :  "wei, apsal kat ketiak ko selalu kuning???...
 Membe aku : "ntah la tuan, saya pon xtau...
Pegawai : "ko xpakai deodorant ke??
Member aku : "pakai tuan. tapi saya pakai yang stick je..."...
Pegawai : "patut la....

tiap-tiap ari membe aku ni kena tegur... so ramai la membe aku nasihat dia...
" ko kalau tak nak bagi jadi kuning kat ketiak ko, ko xyah la pakai yang stick nye... apa kata ko pakai body spray... wangi pon wangi... kompom la tak lekat kuning-kuning....
seminggu lepas guna body spray tu, dah xda masalah lagi kat membe aku ni... dia pon dah xkena tegur lagi...

so yang kat luar tu kalau anda ada masalah seperti membe aku n, berubah lah....
try la guna body spray Adidas Action 3 ni... sesuai untuk mereka yang aktif.
Projectalpha Season 2 contest. for more information just click here


 Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out awww.projectalpha.com.my/auditions

Man Utd Kalahkan Liverpool

Kemenangan 2-1 keatas Liverpool di stadium Old Trafford begitu bermakna kepada semua peminat The Red Devil. Kemenangan itu membolehkan M.U berada dipuncak liga sementara Chelsea sedang menentang Blakburn. Kejayaan hasil daripada jaringan Rooney dan Park membolehkan Manchester United berada dihadapan pendahulu liga Arsenal...

kalau nak tgk highlight game td, tgk la kat sini..

Glory-Glory Man United...

Mar 21, 2010

To My Beloved One

Aku tujukan karya ni khas tok awek aku yang tengah ada kat umah sambil tegok tv. Tgk cite apa pon aku xtau...Tetiba lak kuar idea nak tulis....
hasil karya dia... aku mana pandai nak edit2  ni..

skali lagi karya dia...

....dan juga

cincin pra-pertunangan

aku mana la bertunang lagi... hehehhe... blaja pon xabis lagi.. tunggu la sikit masa lagi... ada rezeki nanti boleh la. InsyaALLAH

FoxCorp 0205

this page belong to my lovely squad FoxCorp 0205.. and to all the SOULS family
camping time new boy kat Jeram Tengkek

ni plak gambar baru lepas 'rebel' F5

time dah senior sikit...

with my best friend "Thoha"

biler ntah nak buat reunion... sume dah bawak haluan masing-masing.. nak contact pon dah susuh dah skang ni.

This is SOULS Family

tgk macam ganas.. ada maksud tersendiri

First reunion kat PD

At melaka

PD again..

for the latest reunion, aku xdapat nak datang disebabkan masalah teknikal...  
arap-arap next reunion aku dapat datang and hope ramai yang datang