Sep 12, 2010

Kebakaran Di Jambatan Pulau Pinang



Fuhh.... Agak gempar gak la bila dengar jambatan ke-3 terpanjang di asia tenggara ni terbakar. Mana tak nye, aku dah la balik kampung kat Penang. Ingatkan terbakar teruk la. Nasib baik kecik je.

Kecik-kecik pon dekat 3 jam jugak la jammed kat atas jambatan tu... Hahahha... Nasib baik la time tu aku  tak lalu atas jambatan. Tapi janganrisau sebab pihak PBSB dah bagi tau yang jambatan tu dah selamat. Jom ikuti berita ni.



Penang Bridge Sdn. Bhd. (PBSB) memberi jaminan Jambatan Pulau Pinang selamat digunakan meskipun tiga kabel bervoltan tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawahnya terbakar pagi semalam.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, PBSB yang menyelenggara jambatan itu memberi jaminan ia selamat dan orang ramai tidak perlu risau meneruskan perjalanan mereka menggunakan jambatan tersebut.

Bagaimanapun, lorong kanan kedua-dua hala (arah pulau dari Kilometer 2 hingga Kilometer 2.2 dan tanah besar dari Kilometer 2.4 hingga 2.2) terpaksa ditutup sementara bagi memudahkan TNB menjalankan siasatan berhubung insiden kebakaran itu.

"Bagaimanapun, keadaan trafik di semua pintu masuk ke Jambatan Pulau Pinang di kedua-dua arah dari pulau dan Butterworth juga lancar,” kata kenyataan itu.

Pengguna jambatan digalakkan menghubungi talian Bridgeline di 1300-1300-03 atau menggunakan Sistem Pengurusan Informasi Trafik dalam talian (OTIM) bagi maklumat terkini mengenai keadaan trafik.

Dalam kejadian semalam, ribuan kenderaan terkandas lebih tiga jam di atas Jambatan Pulau Pinang berikutan kebakaran kabel yang mengakibatkan keadaan asap hitam berhampiran Kilometer 2 menghala ke Georgetown.

Kesesakan turut dilaporkan berlaku di Terminal Feri kedua-dua arah selepas orang ramai beralih menggunakan perkhidmatan tersebut.

Kejadian itu adalah yang kedua membabitkan kebakaran kabel di Jambatan Pulau Pinang, kali pertama pada 1995.

Sumber utama : utusan

2 comments: