Sep 8, 2010

Man Utd Tangguh Kontrak Rooney??

Gambar ketika Rooney mula menyertai Man Utd. Menyarung jersi no 8. Sekarang no 10


Masa depan Wayne Rooney di Old Trafford masih kabur kerana belum menandatangani kontrak bersama kelab itu.

Menurut akhbar The Sun UK, situasi ini berbeza dengan jaminan pengurus Manchester United, Alex Ferguson bahawa penyerang England itu ditawarkan kontrak baru yang menawarkan RM671,004.05 seminggu.

Ketika dunia dihangatkan kisah Rooney yang dikaitkan dengan skandal seks bersama pelacur, kebarangkalian penangguhan kontrak tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pemain itu.

“Jika Rooney tidak menandatangani kontrak baru sehingga tahun depan, harga Rooney akan menjunam dan United akan menanggung kerugian berjuta pound, maka dia boleh menyertai mana-mana kelab yang dikehendaki di dunia ini,” menurut sumber dalaman kelab tersebut.

Bekas rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo sebelum ini telah mempelawa penyerang berusia 24 tahun itu untuk menyertainya di Real Madrid.

Lebih membimbangkan, masalah Rooney dan isterinya yang menjadi perbualan hangat dikhuatiri yang mendorong penyerang itu berkemungkinan berhijrah keluar dari Liga Perdana England.

Sebelum ini, ada cadangan agar gaji Rooney dinaikkan bagi mengekalkannya di United sekali gus menjadi pemain paling mahal dalam kelab itu.

Red Devils bagaimanapun gagal untuk mengatasi masalah itu sekalipun Ferguson mahu terus mengekalkan pemain-pemain bintangnya yang ada antara mereka mempunyai kontrak kurang dari dua tahun.

Rooney pula masih mempunyai baki kontrak selama 18 bulan lagi.

Temu janji Rooney dengan ketua eksekutif kelab, David Gill yang sepatutnya diadakan dua minggu lepas juga tertangguh.

Rooney merupakan pemain berharga United yang mampu memberi pulangan dari segi pengiklanan dan penaja baru.

Namun, imejnya yang tercalar sejak bulan lepas, menjadi faktor yang mempengaruhi tawaran tersebut.

Kelab itu dikatakan enggan dilihat menjulang pemainnya ketika nama baik pemain itu sebagai yang wajar dicontohi telah tercalar.

Pada Ogos lepas, gambar Rooney membuang ari keci di jalan, merokok dan menyanyi pada awal pagi telah disebarkan media Britain.

Sekarang pula timbul cerita mengenai penyerang itu mengadakan hubungan seks dengan pelacur semasa isterinya sedang mengandung anak pertama mereka, Kai.

Sudah tentu pemilik kelab, keluarga Glazer mahu Rooney kembali memulihkan reputasi sebelum mereka menawarkan perjanjian yang bernilai 36 juta pound.

3 comments:

  1. Harap2 dia tidak akan create masalah macam bintang2 MU yang dulu tu...

    ReplyDelete
  2. Hmmm.... rasanya kebanyakan player bola liga inggeris nie mesti ade skandal....

    ReplyDelete
  3. biasa la tu... bila buka pekung didada... macam ni la jd

    ReplyDelete