Sep 14, 2010

Tahniah Kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz



Tahniah la diucapkan kepada gabenor bank negara kita iaitu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kerana terpilih diantara ketua bank terbaik dunia. Bangga gak la sebab ada gak orang luar negara yang menghargai usaha negara kita.

Untuk kupasan lebih lanjut, baca artikel dibawah ni :

 Majalah yang beribu pejabat di New York, Global Finance, menamakan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai seorang daripada ketua bank pusat terbaik dunia sepanjang setahun lalu di kalangan lima ketua bank pusat yang lain daripada lima negara dan Presiden Bank Pusat Eropah, Jean-Claude Trichet. 

Zeti dan enam ketua bank pusat yang lain itu diberikan gred "A" dalam rencana tahunan terbitan majalah berkenaan yang bertajuk Kad Laporan Ketua bank Pusat bagi kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.


Gred berkenaan adalah antara A hingga F, dengan A yang tertinggi manakala F terendah.
“A menunjukkan prestasi cemerlang dan F pula kegagalan,” demikian menurut Global Finance dalam satu kenyataan hari ini. 

Ketua bank pusat yang lain yang menerima gred tertinggi ialah Ketua Bank Pusat Australia, Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee Seong-tae (Korea Selatan), Fai-Nan Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah). 

Majalah berkenaan mempunyai pembaca di 163 negara yang terdiri daripada pengamal kewangan syarikat-syarikat multinasional, dan mempunyai pejabat di London dan Milan, selain ibu pejabat di New York. 



sumber : berita harian

2 comments: