Sep 14, 2010

Wajib Mandi & Sembahyangkan Tulang dan Abu

Sungguh sedih bila mendengar kes kematian jutawan kosmetik dan rakan-rakannya baru-baru ini. Mana tak nye, diorang mati akibat dibunuh dengan kejam dan dibakar sehingga tinggal tulang dan abu. Kena pulak time dah nak raya. Takziah di ucapkan kepada semua ahli keluarga Allayarham dan Allahyarhamah.

Penemuan tulang dan abu boleh dijadikan bukti kes pembunuhan. Walaupun hanya tulang dan abu, ia tetap wajib  di mandikan dan di sembahyangkan.

Walaupun yang tinggal hanya cebisan tulang dan abu mayat, jenazah keempat-empat mangsa pembunuhan iaitu jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain, masih boleh diurus dan disempurnakan pengebumiannya seperti jenazah biasa.


Bagaimanapun, ada keringanan dalam memandi dan mengkafankan jenazah kerana dikhuatiri proses itu akan mengakibatkan kerosakan teruk dan menjejaskan keseluruhan bahagian yang masih tinggal kerana ia tidak lagi sempurna dan sukar dikenal pasti.
Tokoh agama yang juga penceramah dan pendakwah bebas, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, berkata walaupun keadaan mayat langsung tidak dikenali dan hanya tinggal tulang, semua tulang dan abu milik mangsa perlu dikumpul dan dibungkus dengan kain putih secara tertib dan disembahyang serta dikebumikan seperti biasa.

“Apabila semua tulang dan sisa mayat itu dikumpul dan ia disahkan memang mayat mangsa beragama Islam, cukup sekadar berniat ia dimandikan atau ditayammumkan dan ketika ia dibungkus, cukup sekadar berniat mayat dikafankan kerana keadaan fizikal mayat yang tidak mengizinkan, lalu disembahyangkan dan dikebumikan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cara terbaik menguruskan jenazah yang tidak menyerupai fizikal asal termasuk jika jenazah hanya tinggal debu dan tulang akibat terbakar.

Akhbar semalam melaporkan, Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, yang hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah, dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini. 


Abu Hassan yang juga bekas Penasihat Agama Istana Negara, berkata setiap mayat umat Islam yang mati wajib disempurnakan dan diurus mereka yang masih hidup iaitu dimandi, dikafan, disembahyangkan dan dikebumikan dengan sempurna.

Bagaimanapun, katanya, keadaan fizikal mayat tidak normal atas beberapa sebab seperti syahid di medan perang, yang tenggelam, sudah menjadi debu dan sebagainya, hanya sebahagian daripada empat perkara itu yang menjadi fardu kifayah. 

“Jenazah gagal ditemui, terlalu sukar dikeluarkan atau berada jauh, mengikut hukum fekah sebaik diketahui dan diyakini meninggal dunia, ahli keluarga boleh melaksanakan sembahyang mayat ghaib bagi mendoakan kesejahteraan mereka,” katanya



sumber utama : berita harian

1 comment: