Nov 25, 2010

Tentera wanita boleh nyanyi

gambar hiasan

SIAPA kata anggota tentera wanita tidak boleh bergelar penyanyi? Tidak cukup dengan itu, dia turut mewakili negaranya selaku pemain bola sepak wanita kebangsaan.

Pengalaman itu adalah perubahan dilalui Sarah Aqilah, nama artis yang dicungkil melalui program realiti di Singapura.

Dia kini muncul bintang baru syarikat rakaman Suria Records selepas memenangi pertandingan nyanyian Anugerah terbitan MediaCorp TV Suria Singapura 2009.
Sewaktu pelancaran album mininya, tiada siapa menyanggka karier asalnya adalah anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Sarah juga antara beberapa anggota tentera wanita yang mendapat peluang mengendalikan senjata api automatik M-16 sewaktu latihan.

Sarah atau Nursarah Aqilah Jamil berkata, ramai bertanya mengapa lambat menyanyi iaitu pada usia 26 tahun.

Bagaimanapun, katanya, faktor itu bukan masalah besar kerana paling penting lagu disukai dan peminat menerimanya dengan positif.

“Saya tidak rasa terlambat kerana ada artis menempa nama lewat melalui program realiti seperti Susan Boyle (Britain Got Talent) pada usia 49.

“Saya menceburi nyanyian atas dorongan keluarga selepas adik lelaki yang turut bertanding di Anugerah tidak berjaya ke peringkat seterusnya. Saya mengambil alih tempatnya dan bergelar juara Anugerah.

“Kini saya sudah bersedia berdepan cabaran baru dunia hiburan yang dianggap penuh glamor. Banyak mengatakan cabaran dunia itu sangat hebat terutamanya berdepan pelbagai gosip, memenuhi kehendak peminat mahu pun tumpuan media dan orang ramai.

No comments:

Post a Comment