Mar 17, 2010

Jongang??? Rawat dari kecil


SUMBAT sahaja puting pada mulut bayi yang menangis namun formula mudah itu boleh membawa kesan negatif jika ia diamalkan secara berterusan.Menurut pakar, amalan tersebut boleh menyebabkan fenomena gigi jongang. Malah selebriti seperti Os, Misha Omar, Allahyarham A.R. Tompel atau pemain bola sepak Ronaldinho, pernah dikaitkan dengan gigi jongang.

Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi.

Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.

Tiga tahap jongang

“Secara umum terdapat dua keadaan jongang iaitu gigi dan rahang mencembung ke dalam atau ke luar. Keadaan tersebut diistilahkan sebagai poor bite dan deep bite,” kata Norlian.

Tahap keadaan gigi-gigi sebelah atas dan sebelah bawah yang mempunyai hubungan yang tidak normal ini dibahagikan kepada maloklusi kelas I, II dan III.

“Maloklusi kelas I merupakan satu keadaan gigi atas berselisih dengan gigi bawah pada paras normal iaitu dua hingga empat mm tetapi gigi tidak teratur, sesak ataupun jarang. Ia tidak melibatkan rahang dan ramai yang mengalaminya,” katanya.

Mandibular retrognathism atau gigitan berlebihan (over bite) diletakkan sebagai jongang kelas II. Ini menjadikan rahang atas dan gigi berselisih dengan rahang dan gigi bawah dengan jarak yang agak besar seperti pelakon komedi Os.

Jongang jenis ini bertambah teruk jika bibir bawah terperangkap di belakang gigi atas atau bibir atas seseorang itu agak pendek dan tidak dapat mengawal posisi gigi atas.

Kelas III atau prognathism pula berlaku apabila gigi bawah lebih menonjol daripada gigi atas.

p/s : dimanakan tahap jongang anda??? hahahha


No comments:

Post a Comment