Mar 24, 2010

Koleksi Cerita Lawak... hahaha

kat sini aku nak share beberapa cerita lawak... Ni pon dari member-menber aku nye... layan je la...


1) Cerita pasal Gambar
Karim baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya.
Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya
dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Karim
naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Karim mengambil keputusan untuk
berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai
tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Karim terlepas gambarnya itu lalu
jatuh ke bawah tempat duduk penumpang.
Karim tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi
berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Karim berkata,

"Kak... Boleh tolong angkat sikit kain akak tu tak? Saya nak ambik gambar..."

p/s : bengong gak Karim ni....hehehe




2) Dua sahabat yang bengong


Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang- kangkang.
Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang



p/s : pilih la orang yang betul tok tanya soalan




3 ) Pendatang Asing


Pada suatu hari... Ada 3 org kwn dr berlainan negara duk kedai kopi melepak...
John dr america,Ady dari indonesia,Bak dari Malaysia...

John bakar rokoknya dgn mancis yang segi empat tu... pas guna sekali trs dia buang...

Bak:John,Kenapa ko buang mancis mahal ko tu??

John:I have many in my country...

Ady pun mula mkn bakso yang dia order...

Pas hirup sup baksonya sikit trs dia buang...

Bak:Ady,Nape ko buang bakso ko??? Banyak lg tu...

Ady:Gue ada banyak di negara gue gitu...

Bak pun mengangguk smbl berfikir..... Dorg ade bnde2 yang special... aku ada ape??

Tiba2 dia angkat si Ady dan lempar Ady sekuat hati.... pastu dia duduk balik smbl John tepinga-pinga...

Bak pun kata... Ada banyak di negara aku...



p/s : kalau orang tu ada permit cam ne??

No comments:

Post a Comment