Apr 26, 2010

Mp3 Kalis Air | Teknologi



MEMILIKI pemain muzik digital atau MP3 adalah suatu keperluan masa kini sama ada ia merupakan pemain MP3 tunggal atau yang terdapat di dalam telefon bimbit multimedia.

Bagaimanapun seperti biasa, kebanyakan pemain MP3 di pasaran tidak cukup lasak untuk membolehkan anda menggunakannya dalam sebarang cuaca terutama ketika anda ditimpa hujan atau sedang berenang!

Sehubungan itu, terdapat beberapa syarikat telah memperkenalkan pemain MP3 kalis air atau sarung untuk membungkus telefon atau pemain MP3 itu.

Sony misalnya memperkenalkan Sony Waterproof Walkman W250 yang boleh tahan siraman hujan atau percikan air tetapi produk itu tidaklah sampai boleh dibawa untuk menyelam.

Pemain muzik digital ini sememangnya sesuai untuk mereka yang sering beriadah di luar seperti jogging, menyertai maraton, memanjat bukit dan sebagainya yang sudah tentu mereka sentiasa terdedah kepada perubahan cuaca panas dan hujan, termasuk percikan peluh.

Apa yang menarik mengenai Walkman ini ialah satu ciri dikenali sebagai Smart Mood yang mana lagu-lagu yang dimainkan dalam rentak yang sama untuk meneruskan mood pengguna.

Sememangnya, pemain MP3 ini sangat sesuai untuk kaki sukan yang sering berlatih di gimnasium, padang atau berjogging kerana anda boleh melekatkannya di telinga dan kemudian melakukan apa sahaja aktiviti dengan bebas.

Seperti kebanyakan pemain MP3 lain, Walkman W250 juga boleh memainkan pelbagai format muzik digital seperti MP3, WMA, AAC dan sebagainya.

Selepas dicaj selama tiga minit (caj cepat), pemain MP3 ini boleh memainkan muzik tanpa henti selama tiga jam! Menarik bukan?

Walkman W250 mempunyai empat warna untuk dipilih seperti hitam, hijau, merah jambu dan putih. Produk yang akan dilancarkan bulan depan ini juga menawarkan dua pilihan versi iaitu sama ada dengan storan 2 Gigabait (GB) atau 4GB

p/s : lepas ni boleh la berenang sambil dengar lagu... Hahaha... tunggu orang buat mic dalam air plak... Boleh karok dalam air

No comments:

Post a Comment