Apr 7, 2010

Kesihatan | Sembelit Punca Buasir


MENGIKUT pendapat umum, buasir adalah topik yang jarang dibincang secara terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di dalam anatomi manusia. Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan saluran darah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan atau stres yang berlebihan.

Bagi kebanyakan dewasa, di satu tahap atau lain terpaksa menghadapi dengan pendarahan, kegatalan, lelehan lendir dan kadangkala kesakitan yang memaklumkan akan situasi buasir. Malangnya, buasir cenderung untuk menjadi lebih teruk hari demi hari. Situasi ini harus dirawat secepat mungkin selepas mendapat tahu mengenainya kerana terdapatnya perubatan dan rawatan yang berkesan. Selalunya, buasir memerlukan hanya penjagaan sendiri dan perubahan dalam cara hidup di peringkat awal tanpa memerlukan rawatan yang kompleks. Paras pesakit yang mengalami buasir yang lama dan kronik akan memerlukan rawatan pembedahan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup untuk pendarahan, kesakitan dan buasir prolaps (tergelincir keluar).

Punca-punca Buasir



  • Sembelit dan meneran berlebihan ketika membuang buasir.
  • Pekerjaan yang melibatkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
  • Obesiti, kehamilan dan melahirkan anak.

p/s : Kepada sesiapa yang mengalami masalah macam ni, cepat-cepat la g jumpa doktor... Bahaya.... Hehehe

Sumber : Utusan Malaysia

1 comment:

  1. Sembelit juga akan mengakibatkan proses auto toksik ke dalam badan kita kerana usus kita tak dpt nak buang so toksik akan terjadi dengan sendirinya serta angin dalam badan meningkat. Penyakit2 macam buasir, resdung, migrain adalah berpunca dari usus yang bermasalah.

    ReplyDelete