Apr 8, 2010

Brickfields jadi "Little India"

Brickfields yang terkenal sebagai kawasan perniagaan kaum India sedang dinaik taraf untuk secara rasmi dijadikan kawasan “Little India”.



Apabila siap kelak, kawasan penempatan di pinggir ibu kota ini akan diwarnai dengan kewujudan leih banyak kedai perniagaan yang menjual pelbagai barangan khusus bercirikan kebudayaan masyarakat India negara ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membelanjakan kira-kira RM35 juta untuk kerja-kerja menaik taraf yang akan memakan masa selama enam bulan bermula bulan ini.

"Kini kerja-kerja memindahkan 30 peniaga sedia ada ke tapak sementara sedang dilakukan,” katanya di sini hari ini.
Saravan berkata, usaha menjadikan Brickfields sebagai “Little India” adalah sebagai memenuhi hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat kawasan tersebut sebaik sahaja beliau dilantik sebagai perdana menteri.
Beliau berkata, “Little India” itu dijangka dirasmi pada Disember ini.

p/s : Jangan wat benda tak baik kat sana dah la... Hehhehehe

1 comment:

  1. tahu satu tempat 'baik' kat sana..huhu..


    http://belogbagus.blogspot.com/

    ReplyDelete