Apr 26, 2010

Pelik Gaya Hidup Artis Luar Negara



Kalau kite tgk kat Malaysia ni, kalau artis kite buat benda pelik2 je, kompem masuk tv nye la... Cube tgk artis mat saleh ni. Diorang rilex je... Lagi popular ada la...



Jennifer Aniston
Rahsia aneh: Syampu kuda

Dihiasi rambut tebal ikal mayang, penampilan bintang siri komedi Friends ini memang selalu dibayangi imej serba eksklusif.
Namun, janda Brad Pitt ini sebenarnya banyak bergantung kepada syampu Mane 'n Tail yang sepatutnya digunakan ke atas kuda.
Ia mungkin sesuai untuk rambut Jennifer kerana bahan dalam syampu itu dihasilkan untuk melembutkan helaian bulu keras kuda.


Halle Berry
Rahsia aneh: Menyapu kaki dengan biji kop
i
Halle Berry menggosok biji kopi di seluruh kaki hingga paha bagi membuang kedutan.
Katanya, kafein dalam kopi mengurangkan penampilan selulit dan mencergaskan sel metabolisme.



Eva Longoria
Rahsia aneh: Merawat muka dengan protein uri

Bintang siri Desperate Housewife ini banyak bergantung kepada krim mengandungi protein uri untuk mengekalkan kesegaran wajahnya.
Krim itu mengandungi enzim, vitamin, bahan antioksida dan asid amino yang penting untuk mengekalkan keremajaan kulit.



Julia Roberts
Rahsia aneh: Minyak zaitun pada kuku

Julia menyalut tangan dan kukunya dengan minyak zantun bagi melembutkan kulit lembut dan menguatkan kuku.
Minyak zaitun mengandungi asid lemak dan vitamin E serta K bagi menguatkan kuku.



Sandra Bullock
Rahsia aneh: Krim buasir merawat bawah mata

Bintang filem Miss Congeniality ini menggunakan bahan berkenaan bagi mengurangkan kelesuan pada kulit di bawah matanya.
Kata Sandra, krim itu mengandungi sejenis bahan yang mampu menegangkan sementara kulit muka.

3 comments: